MOH BACO TIPS YG DEN PHOTOSTAT NIE HAH!!!
Saturday 14 January 2012 0 Comment [s]
ASSALAMMUALAIKUM!!!...Lama jugak Kak ELL tak menjenguk kat umah sendiri nie...asyik merayap jer lah Kak ELL nie...(opppsss!! ade kerja sikitlah minggu nie, tue yg tak berpeluang jenguk tue)...hehehehe..Hah!! surprise surprise...hari nie Kak ELL ada sedikit tips nak dikongsikan bersama kengkawan sume tentang SIKAP YANG MENJADIKAN SESEORANG ITU BERJAYA DALAM HIDUP...naktak..nak tak...tipsssss...jom baca jommmmm!!!! Untuk berjaya dalam apa jua yg kita inginkan, selain matlamat yang penting kita sanggup untuk lakukan perubahan terhadap diri sendiri..komited dalam setiap apa yang ingin dicapai.. Bersedarhanalah dlm segala hal - bak kata Omputih.."Success is the sum of small efforts, repeated day in and day out." hah tu kata Omputih- kato Melayu lak cam ni hah..."Kejayaan adalah hasil dari tindakan-tindakan sederhana yang diulang terus-menerus setiap hari." hah tue yg bab bersederhana....bab2 yah lain pulak kono gak diambil kira..bab tentang berpandangan jauh, sikap tidak berlengah, pandai merancang, tenang, berhemat, suka memberi, personaliti cemerlang dan penting sekali ialah sikap ingin belajar..... Tidak berlengah - Sifat suka menunda atau melewat-lewatkan sesuatu usaha boleh melambatkan pencapaian sesuatu matlamat. Oleh itu, kita mesti sentiasa cepat bertindak kerana waktu itu adalah amat berharga...(hah!!! bab yg nielah yg den paling suko skali..suruh wat tue kejappp lagi..suruh wat niepun jawapannyer kejap lagi, kalau buley kita hindarkan diri kita drpd bersikap sebegini K...) Sentiasa ingin belajar - Kemampuan seseorang manusia bukan berasal dari pembawaannya sejak dilahirkan, tetapi merupakan hasil dari proses pembelajaran yang dilakukannya secara konsisten sejak dari kecil. Oleh sebab itu jangan berhenti belajar sampai bila-bilapun. Di samping itu, dalam proses pembelajaran kita setiap hari kerendahan hati amat membantu kita untuk menyerap dengan mudah semua ilmu pengetahuan yang diinginkan. Tenang - Sikap tenang boleh menjernihkan fikiran dan membulatkan tindakan yang lebih tepat. Berbanding dengan orang yang tidak tenang fikirannya kusut dan ragu-ragu dalam melakukan sesuatu tindakan.Pandai Merancang - Orang yang pandai merancang kehidupan akan sentiasa meletakkan perkara penting sebagai keutamaan dalam hidup berbanding dengan orang yang tidak pandai merancang mereka selalu meletakkan perkara remeh sebagai keutamaan. Berhemat - Sikap berhemat menjamin kesinambungan hidup yang lebih teratur berbanding dengan orang yang boros. Orang yang boros selalu ditimbuni hutang atau kesusahan.Suka memberi - Dalam hidup ini kita tidak seharusnya hanya belajar menerima sesuatu dari orang lain. Kita Seharusnya belajar memberi yang terbaik kepada orang lain kerana ini akan membuatkan orang lain lebih menghargai kita...(hah!!! yg nie pulak memberi khidmat2 yg berkaitan dengan kejayaan jer ya...jgn lak memberi apa2 yg tak berkaitan...hehehehe) Hah!! inilah tips2 yg dapek den kongsi kan bersama...niepun den baco buku gak sebagai pedoman hidup untuk menjadi seorang yg betul2 berjaya...tapi den camtu gak...hahahahahaha (den hanya suke membaca jer tp takdo pulak den mempraktikkannyer)....."Ado Den Kisah".....hahahahaha Ok so jangan buang masa lagi jom kita kongsikan bersama..sama..kita praktikkannyer ya..kalau bukan untuk diri kita pun mungkin kita buley tumpahkan tips2 nie tuk anak2 kita..sedara mara kita..rakan2 seperjuangan kita ataupun pada sesiapa saja yg memerlukannyer...K...jangan lupa pesananan Kak ELL "KONGSIKAN" ya... sekian saja tuk hari ini..ASSALAMMUALAIKUM dr Kak ELL tuk semua..... |
ELL's Profile
Kalau korang sume nak tau nielah die kak ELL...CUN KAN! Haha! Jangan lah segan segan nak berbual ke..nak komen ke..nak jerit ke dgn kak ELL kay..kak ELL orait jer. Oppssss!!! lupa lak Kak ELL ada macam macam crite nak story nie...kalau nak tau..rajin rajinlah dtg melawat ya....insyaallah kak ELL akan slalu update crite crite terkini k...Assalammualaikum. Tagboard Feedjit
|