JEJARI LENTIK MENARI
Selamat Datang ke blog Kak ELL Follow atau Home.
TANGGUNGJAWAB SEORANG WANITA
Tuesday 3 January 2012 0 Comment [s]



ASSALAMMUALAIKUM....Hah!! hari nie Kak ELL nak kongsilah crite nie...masa Kak ELL ronda2 tadi Kak Ell terbaca lah pulak kisah teladan nie...jom kita baca sambil mengeja jommmm!!!!hehehe

Buat suami2 yg bekerja di luar sana dan isteri berada di rumah:

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.
Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!! ~~







 Nielah die gambaran dalam bentuk clipart yg dapat Kak ELL selitkan kat sini...sesibuk mana sekalipun kita sebagai seorang wanita samada diluar rumah, maupun di Pejabat tetapi tanggungjawab inilah yg harus kita pikul sampai akhir hayat kita...huhuhuhu......opppssssss!!!!!!!!! kita jangan menyesal K...sbb kerja & tanggungjawab yg kita laksanakan nie tersangatlah mulia....so ayuh kaum wanita...kita lakukan ia dengan penuh semangat...tanggungjawab kita adalah untuk diri kita dan keluarga kita.....Hidup Kak ELL...eh silapppp lak "Hidup semua kaum Wanita"......hehehehehehe


p/s ...So suami2 diluar sana jangan pandang remeh kerja2 Surirumah ya...berat juga tanggungjawab yang mereka pikul nie...





Older Post | Newer Post
ELL's Profile

JEJARI LENTIK MENARI..MENCORETKAN CEBISAN HATI YANG SUCI MURNI..UNTUK TATAPAN SEMUA YANG ADA DISINI


Kalau korang sume nak tau nielah die kak ELL...CUN KAN! Haha! Jangan lah segan segan nak berbual ke..nak komen ke..nak jerit ke dgn kak ELL kay..kak ELL orait jer. Oppssss!!! lupa lak Kak ELL ada macam macam crite nak story nie...kalau nak tau..rajin rajinlah dtg melawat ya....insyaallah kak ELL akan slalu update crite crite terkini k...Assalammualaikum.


ComScore



Tagboard




Feedjit